SELAMAT TAHUN BARU 2021
Sepanjang 2020 kita bertarung, gelombang demi gelombang, duka silih berganti, tidak sesekali rakyat Malaysia putus asa, malah terus bermuafakat merentas bangsa dan agama. Saling mengingatkan, saling menghulurkan bantuan. Itulah semangat sepasukan rakyat Malaysia.
Namun sudah tentu kita mengimpikan masa depan yang damai, bebas dari ketakutkan, selamat buat generasi mendatang. Anak-anak dapat meneruskan pengajian, ibu dan bapa bertugas menjalankan kewajipan. Namun, kemelut ini tidak akan berakhir sekiranya kita tidak sama-sama menginsafi dan mengambil iktibar daripadanya dan terus meneguhkan benteng melawan wabak Covid19.
Alhamdulillah diberi kesempatan bertemu 2021, semoga pelayaran ini tidak disia-siakan. Mudah-mudahan ianya menjadi kesempatan agar kita dapat melabuhkan tirai Covid19. Teruskan mengemudi pelayaran ini dengan usaha, doa dan tawakal. Selamat menyambut tahun baharu 2021!
Ikhlas,
Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Permatang Pauh